Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes rasuah Ahmad Zahid ditangguh ke 27 Jan

Perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang sepatutnya bersambung hari ini (18 Jan), ditangguhkan ke 27 Jan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes rasuah Ahmad Zahid ditangguh ke 27 Jan

Preisden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Jan 2021 04:05PM Dikemas Kini : 18 Jan 2021 04:11PM

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang sepatutnya bersambung hari ini (18 Jan), ditangguhkan ke 27 Jan ini.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes itu memberitahu perkara berkenaan kepada Bernama menerusi pesanan aplikasi WhatsApp.

“Perbicaraan itu akan disambung semula pada 27 Jan tetapi tertakluk kepada sebarang lanjutan PKP oleh kerajaan. Jika PKP dilanjutkan lagi, mungkin kita akan mula pada 22 Feb,” katanya.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Azura Mohd Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pihak pendakwaan dijadualkan memanggil pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Fairul Rafiq Hamiruddin untuk memberi keterangan pada perbicaraan akan datang.

Pada 28 Okt tahun lepas, pihak pendakwaan memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes itu bahawa tujuh saksi lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Seramai 90 saksi pendakwaan sudahpun memberi keterangan dalam perbicaraan yang kali terakhir berlangsung pada 13 Okt lepas termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Armada Holdings Sdn Bhd Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr; bekas pegawai khas Dr Ahmad Zahid, Wan Ahmad Wan Omar; rakan kongsi firma guaman Tetuan Lewis & Co, B. Muralidharan; pengurup wang Omar Ali Abdullah dan bekas Setiausaha Eksekutif kepada Dr Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.

Dr Ahmad Zahid, 68 tahun, yang juga Presiden UMNO, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan