Kes positif COVID-19 di Indonesia jangkaui 20,000; 973 kes baru tertinggi dalam tempoh 24 jam
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi 20,000 kes, dengan berlaku tambahan kes positif baru tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu 973 kes.
JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi 20,000 kes, dengan berlaku tambahan kes positif baru tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu 973 kes.
Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, jumlah kes positif kini berjumlah 20,162 selepas berlaku tambahan 973 kes baru iaitu yang tertinggi bagi tempoh 24 jam, sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lalu.
"Bagi tempoh 12.00 tengah hari Jumaat sehingga 12.00 tengah Sabtu, 36 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian akibat virus itu kini 1,278 orang," katanya.
Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 481 kes diikuti Jawa Timur (241 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Pelaksanaan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di Jakarta yang bermula 15 Mac lalu, masih berkuat kuasa sehingga 4 Jun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.