Kes pokok tumbang: Suami mangsa masih belum sedarkan diri
Sehingga kini, mangsa berusia 37 tahun itu masih belum sedarkan diri.
Kerja-kerja mengalihkan pokok yang tumbang di hadapan KLCC sedang giat dijalankan. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Encik Nor Azrul Ahmad yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas motosikal yang ditunggangi bersama isterinya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang berhampiran Menara Berkembar Petronas, KLCC Isnin lalu ( Mac) masih dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).
Menurut sumber HKL, sehingga kini, mangsa berusia 37 tahun itu masih belum sedarkan diri.
“Mangsa masih belum sedar tetapi keadaannya dilaporkan bertambah baik,” menurut pihak hospital hari ini (7 Mac).
Sementara itu, isteri mangsa Mira Ezfa Abd Rasih, 25 tahun, yang turut cedera ketika membonceng motosikal bersama suaminya pada hari kejadian enggan mendedahkan mengenai keadaan suaminya.
“Saya dan keluarga akan pergi ke Balai Polis Tun H. S. Lee di ibu negara pada jam 10.00 pagi esok untuk tindakan lanjut.
“Pihak media yang ingin mendapatkan sebarang maklumat boleh menemui kami esok,” kata beliau.
Dalam kejadian kira-kira 7.25 pagi itu, Cik Mira Ezfa yang baru bernikah dengan Encik Nor Azrul sehari sebelum kejadian turut cedera pada kepala selepas motosikal mereka melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di Ampang Point.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.