Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes pertama varian Delta dikesan di Phuket; mungkin jejas rancangan cuti tanpa kuarantin

Rancangan Thailand untuk menawarkan percutian tanpa kuarantin ke Phuket bagi para pengunjung yang sudah divaksinasi sepenuhnya mungkin terjejas.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pertama varian Delta dikesan di Phuket; mungkin jejas rancangan cuti tanpa kuarantin

Patung Buddha dan pantai Kata di Phuket. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2021 07:02PM Dikemas Kini : 11 Jul 2021 07:06PM

PHUKET: Rancangan Thailand untuk menawarkan percutian tanpa kuarantin ke Phuket bagi para pengunjung yang sudah divaksinasi sepenuhnya mungkin terjejas.

Ini setelah kes pertama varian Delta COVID-19 disahkan di pulau itu.

Seorang peniaga asing yang tinggal di Phuket itu disyaki dijangkiti virus berkenaan daripada seorang pelawat dari ibu kota Bangkok.

Semua kontak lelaki itu sudah dikenakan kuarantin.

Sejumlah 10 kes COVID-19 dilaporkan di Phuket iaitu yang tertinggi dalam tempoh beberapa hari.

Para pegawai negara itu juga mengesahkan terdapat varian Alpha dan Beta di pulau tersebut.

Pihak berkuasa, sementara itu, memutuskan untuk menutup semua sekolah-sekolah di Phuket sehingga 23 Julai selepas bertambahnya jumlah kes jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, Thailand juga melaksanakan langkah sekatan lebih ketat dengan menguatkuasakan sekitar 145 pusat pemeriksaan bagi mengawal pergerakan orang ramai. 

Sumber : AFP/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan