Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes pertama COVID-19 mungkin muncul di China seawal Okt 2019

Virus yang menyebabkan COVID-19 mungkin mula merebak di China seawal Oktober 2019, dua bulan selepas kes pertama dikesan di bandar Wuhan, menurut hasil kajian baru yang dikeluarkan pada Jumaat (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pertama COVID-19 mungkin muncul di China seawal Okt 2019

Para pegawai WHO di Wuhan, China. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 25 Jun 2021 11:09AM Dikemas Kini : 25 Jun 2021 11:15AM

SHANGHAI: Virus yang menyebabkan COVID-19 mungkin mula merebak di China seawal Oktober 2019, dua bulan selepas kes pertama dikesan di bandar Wuhan, menurut hasil kajian baru yang dikeluarkan pada Jumaat (25 Jun).

Para penyelidik dari Universiti Kent di Britain menggunakan kaedah sains pemuliharaan untuk menganggarkan SARS-CoV-2 mungkin pertama kali muncul antara awal Oktober dengan pertengahan November 2019, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Patogen PLOS.

Virus itu mungkin muncul pada 17 November 2019 dan sejak itu ia dianggarkan sudah merebak ke seantero dunia menjelang Januari 2020.

Kes pertama yang dilaporkan secara rasmi di China adalah pada Disember 2019 dan ia dikaitkan dengan pasar makanan laut Huanan di Wuhan.

Namun, sebilangan kes awal tidak diketahui sama ia ada ia berkaitan dengan Huanan. Ini bermakna SARS-CoV-2 sudahpun merebak sebelum ia sampai ke pasar itu.

Kajian bersama yang diterbitkan China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hujung Mac menunjukkan bahawa mungkin terdapat jangkitan manusia yang berlaku sekali-sekala sebelum penularan dilaporkan di Wuhan.

Dalam satu kajian yang dikeluarkan minggu ini, Dr Jessie Bloom dari Pusat Penyelidikan Barah Fred Hutchinson di Seattle menemui data penjujukan terhapus daripada kes-kes awal COVID-19 di China yang sebelum ini sudah dipadamkan.

Data itu menunjukkan bahawa sampel-sampel yang diambil dari pasar Huanan "tidak mewakili" SARS-CoV-2 secara penuh dan ia juga merupakan varian penjujukan asal yang sudahpun merebak sebelum itu ke kawasan-kawasan lain di China.

Menurut para pengkritik, pemadaman data itu adalah bukti lanjut yang menunjukkan China cuba merahsiakan asal usul COVID-19.

Sampel-sampel serum masih perlu diuji untuk mengukuhkan kes tentang asal usul COVID-19, kata Dr Stuart Turville, penolong profesor di Institut Kirby, sebuah pertubuhan kajian perubatan dalam responsnya kepada kajian Universiti Kent itu.  

Sumber : Reuters/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa