Kes permohonan Najib jalani baki hukuman penjara di rumah dijalankan secara tertutup
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pihak media tidak dibenarkan membuat liputan kes mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan perintah tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya beliau menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Encik Najib memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Amarjeet Singh supaya prosiding kes itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
“Semua dokumen sudah difailkan. Secara dalam kamar bermaksud ia boleh dibuat secara fizikal di mahkamah, tetapi diisytiharkan dalam kamar.
“Saya juga diberitahu dan dimaklumkan kepada rakan saya (Peguam Kanan Persekutuan - SFC) Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly) yang juga menerima idea itu, memandangkan bahan-bahan tertentu yang didedahkan dalam afidavit sebelum ini yang sebenarnya sensitif,” kata peguam itu.
Hakim Amarjeet kemudian membenarkan prosiding dijalankan secara fizikal diisytihar dalam kamar yang hanya boleh dihadiri peguam mewakili Encik Najib dan pihak SFC mewakili responden.
“Semua pihak lain tidak dibenarkan mengikuti prosiding ini termasuk pihak media,” kata hakim.
Encik Najib, 70 tahun, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co.
Encik Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Dalam notis permohonan itu, mantan Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.
Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.
Encik Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta (S$12 juta) milik SRC International Sdn Bhd.
Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sep 2022.
Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Encik Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta (S$60 juta) kepada RM50 juta (S$14 juta).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.