Kes 'perang dadah' Duterte: Mantan hakim ICC perjelas 'tiada imuniti sama sekali bagi pemimpin negara'
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Presiden Filipina Rodrigo Duterte ditahan oleh ICC di The Hague pada Rabu (12 Mac) untuk menghadapi tuduhan membunuh dalam kempen memerangi dadah. (Gambar Fail: Aaron Favila/AP)
THE HAGUE, Belanda: Pemimpin negara sekarang ini dan terdahulu tidak akan ada imuniti bagi jenayah yang didakwa dilakukan apabila mereka berada di hadapan tribunal jenayah antarabangsa, kata mantan Hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Raul Pangalangan.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas mantan Presiden Filipina Rodrigo Duterte ditahan oleh ICC di The Hague pada Rabu (12 Mac) untuk menghadapi tuduhan membunuh berkaitan kempen 'perang dadah' beliau.
Encik Duterte, 79 tahun, yang sebelum ini ditangkap di Manila pada Selasa, mungkin menjadi mantan ketua negara Asia pertama yang akan dibicarakan di ICC.
ICC percaya terdapat "alasan yang munasabah" untuk mendakwa Encik Duterte dengan tuduhan membunuh sebagai jenayah terhadap kemanusiaan, sebagai "pelaku bersama secara tidak langsung" semasa kempen antidadah beliau, yang menyaksikan ribuan pengedar dan penyalah guna dadah terbunuh dalam keadaan yang mencurigakan.
PEMBUNUHAN "PERANG DADAH"
Encik Pangalangan, yang berkhidmat di ICC dari 2015 hingga 2021, berkata undang-undang jenayah antarabangsa telah berubah "untuk mempertanggungjawabkan pemimpin tertinggi pemerintah atas tindakan mereka".
"Tidak ada sama sekali perkara seperti imuniti untuk ketua negara, dan tidak ada imuniti bagi tindakan yang dilakukan oleh, dalam kes ini, Presiden Duterte, walaupun ia berlaku pada masa di mana beliau merupakan presiden," katanya kepada Asia First CNA pada Khamis (13 Mac).
Encik Duterte, yang tiba di Lapangan Terbang Rotterdam dengan pesawat sewa pada Rabu, akan dibawa ke hadapan Hakim ICC dalam beberapa hari akan datang untuk kemunculan awal, di mana tuduhan akan diperincikan di mahkamah.
Encik Pangalangan, yang juga Profesor Madya Undang-Undang di Universiti Filipina, berkata peringkat seterusnya akan menjadi pengesahan tuduhan, di mana peguam Encik Duterte dijangka akan membuat bantahan, termasuk sama ada ICC mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat jenayah yang didakwa.
Encik Duterte menerusi satu video yang dikeluarkan di Facebook beliau pada Rabu, berkata beliau bersedia untuk mengaku tanggungjawab.
Kempen memerangi dadah dijalankan sepanjang beliau memegang jawatan dari 2016 hingga 2022.
Sepanjang enam tahun beliau memegang jawatan, kira-kira 6,200 suspek dadah terbunuh, menurut polis Filipina. Namun kumpulan aktivis percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih besar.
Keganasan itu menyebabkan pejabat pendakwa raya ICC membuka siasatan awal terhadap kematian di Filipina pada tahun 2018.
Tidak lama kemudian, Encik Duterte berkata negara itu akan menarik diri daripada perjanjian penubuhan ICC, Statut Rome. Penarikan diri itu berkuat kuasa pada Mac 2019.
Namun, di bawah statut Rome, walaupun sesebuah negara menarik diri sebagai anggota, ICC mengekalkan bidang kuasa ke atas jenayah yang dilakukan semasa tempoh keahlian.
Peguam-peguam Encik Duterte telahpun memfailkan petisyen mendesak untuk pembebasannya dan meminta agar kes itu dibicarakan di Filipina.
Namun, buat masa ini, Encik Duterte masih ditahan di pusat tahanan di pantai Belanda.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.