Kes penyeludupan dadah: Juruterbang Malaysia ditahan 30 hari lagi di Jakarta
Seorang juruterbang Malaysia yang ditahan di Jakarta bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah kini ditahan selama 30 hari lagi selepas tamat tempoh tahanan awal selama 60 hari.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima perkembangan terkini mengenai kes itu daripada pihak berkuasa Indonesia. (Gambar fail: BERNAMA)
- A 39-year-old Malaysian pilot who was detained in Jakarta in a drug smuggling case has had his detention extended by 30 days after the initial 60-day period ended.
- Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department director Hussein Omar Khan said the Royal Malaysia Police had been informed by Narkoba Polri that the extension was made through a court order.
- The case is still being assessed by the Indonesian authorities, with the maximum detention period before charges can be filed being up to 120 days.
- Another pilot and six other individuals were also detained for 60 days, following allegations that the syndicate brought in 25kg of drugs worth RM45 million.
- Seorang juruterbang Malaysia berusia 39 tahun yang ditahan di Jakarta dalam kes penyeludupan dadah dilanjutkan tahanannya 30 hari selepas tempoh awal 60 hari tamat.
- Pengarah JSJN Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata PDRM dimaklumkan Narkoba Polri bahawa lanjutan itu dibuat melalui perintah mahkamah.
- Kes itu masih dinilai pihak berkuasa Indonesia, dengan tempoh maksimum tahanan sebelum pertuduhan boleh dikenakan ialah sehingga 120 hari.
- Seorang lagi juruterbang dan enam individu turut ditahan 60 hari, susulan dakwaan sindiket membawa 25 kilogram dadah bernilai RM45 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata lanjutan tahanan itu dibuat menerusi perintah mahkamah.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima perkembangan terkini mengenai kes tersebut daripada Direktorat Tindak Pidana Narkoba, Polis Republik Indonesia (Narkoba Polri).
Kes itu masih dalam siasatan dan penilaian pihak berkuasa Indonesia.
Menurut Encik Hussein, tempoh maksimum tahanan sebelum pertuduhan boleh dikenakan adalah sehingga 120 hari.
"Pihak PDRM telah menerima makluman terkini daripada Narkoba Polri. Mereka telah melanjutkan tempoh tahanannya," katanya ketika dihubungi BERNAMA pada Sabtu (3 Okt).
SEORANG LAGI JURUTERBANG, 6 INDIVIDU TURUT DITAHAN
Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi juruterbang serta enam individu lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket dadah tersebut dikenakan perintah tahanan selama 60 hari.
Mereka ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Kes tersebut melibatkan siasatan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia berhubung dakwaan penglibatan anggota penerbangan Malaysia dalam kegiatan penyeludupan dadah.
Dia ditahan selepas dipercayai membawa 15 bungkusan mengandungi kira-kira 70,000 kapsul disyaki ekstasi dan methamphetamine.
Dadah tersebut mempunyai berat keseluruhan kira-kira 25 kilogram dan dianggarkan bernilai RM45 juta (S$14.1 juta).
Susulan penahanan itu, sepasukan pegawai JSJN berkunjung ke Jakarta dari 11 hingga 15 Ogos untuk menjalankan soal siasat terhadap suspek selain bertukar-tukar maklumat dengan pihak berkuasa Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.