Kes penipuan online; wanita berputih mata rugi RM104,000
(Gambar fail: Aleksandr Kichigin/Canva)
SEREMBAN: Seorang pegawai bank berputih mata apabila kerugian RM104,000 (S$ 33,700) selepas ditipu sindiket penipuan onlineyang mendakwa kad kredit miliknya terlibat dalam urus niaga pembayaran Oversea Bitcoin, pada Rabu. (29 Dis).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendent Aibee Abd Ghani berkata kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, wanita berusia 47 tahun itu menerima panggilan telefon daripada pihak bank yang memaklumkan terdapat urus niaga daripada kad kredit mangsa berjumlah RM4,663 (S$1,500) kepada Oversea Bitcoin dan kemudian panggilan disambungkan kepada wakil pihak Bank Negara bernama 'Sarah'.
"Sarah memberitahu terdapat transaksi atas nama mangsa serta menunjukkan laporan sudah dibuat ke atas wanita itu lalu panggilan tersebut disambungkan kepada seorang lelaki yang memintanya mengemas kini pita magnetik pada kad.
"Lelaki itu turut meminta mangsa senaraikan kad bank yang ada dan menyuruh wanita itu menukar nombor pin di mesin ATM. Mangsa juga sudah memberikan maklumat yang diminta tanpa disedari ia adalah perbuatan penipuan," katanya dalam kenyataan hari ini (30 Dis).
Jelasnya, mangsa yang mengesyaki dirinya diperdaya sudah membuat semakan di bank tempatan pada hari yang sama dan mendapati terdapat pengeluaran sebanyak RM104,000 (S$ 33,700) sebelum membuat laporan polis semalam (29 Dis).
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati, tidak panik dan ambil masa untuk periksa kesahihan informasi yang dimaklumkan individu tidak dikenali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.