Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes penipuan kerja di Asia Tenggara semakin meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
Kes penipuan kerja di Asia Tenggara semakin meningkat

Gambar fail Saifuddin Abdullah (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Jumlah kes penipuan kerja di Asia Tenggara semakin meningkat termasuk di Malaysia.

Majoriti mangsa tertipu oleh iklan online yang menjanjikan peluang kerjaya luar negara dengan gaji yang tinggi.

Namun hakikatnya, mereka kemudian dipaksa bekerja untuk sindiket yang terlibat dalam perjudian online, penipuan pelaburan dan percintaan.

Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) menerima lebih 140 aduan berhubung penipuan pekerjaan tahun ini.

Kurang separuh daripada kes itu sudah selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas pihak berkuasa berjaya mengesan lokasi mereka.

Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah yang memantau beberapa operasi menyelamat itu menggesa orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan online.

Dengan penipuan sedemikian semakin meningkat, agensi-agensi penguat kuasa di rantau ini berikrar untuk meningkatkan kerjasama melalui perkongsian risikan.
Sumber : CNA/AA/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan