Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes peniaga burger dikompaun RM50,000 dinilai semula

 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000 (S$16,000), sama ada diberi pengurangan atau pengecualian, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes peniaga burger dikompaun RM50,000 dinilai semula

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Apr 2021 06:38PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 06:46PM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000 (S$16,000), sama ada diberi pengurangan atau pengecualian, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata KKM amat prihatin serta memandang serius terhadap kes berkenaan dan meminta peniaga terbabit supaya tampil mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin.

"KKM melihat kes ini sebagai kes terkhusus dan perlu ditangani segera.

“Untuk itu, KKM akan membuat penilaian semula bagi mempertimbangkan sama ada akan diberikan pengurangan atau pengecualian sekiranya didapati ada asas yang munasabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini berhubung isu kompaun RM50,000 (S$16,000) terhadap peniaga burger kerana berniaga melebihi waktu yang ditetapkan.

Tular di media sosial seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 (S$16,000) kerana berniaga di hadapan rumahnya pada kira-kira 11.00 malam.

Dr Adham berkata tujuan KKM menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan kompaun adalah untuk mendidik dan bukannya menghukum semata-mata.

Jelasnya, mereka yang dikompaun sentiasa diberikan peluang untuk mendapat keadilan dan dibenarkan mengemukakan rayuan mengikut mekanisme yang disediakan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan