Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes pengubahan wang: 'Australia guna media untuk memalukan M'sia' - Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini (3 Mac) mempertikai tindakan pihak berkuasa Australia yang menggunakan media untuk mendedahkan kes pembekuan akaun bank milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pengubahan wang: 'Australia guna media untuk memalukan M'sia' - Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. (Gambar fail: Sinar Harian)

Diterbitkan : 03 Mar 2018 05:08PM Dikemas Kini : 03 Mar 2018 05:12PM

JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini (3 Mac) mempertikai tindakan pihak berkuasa Australia yang menggunakan media untuk mendedahkan kes pembekuan akaun bank milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, baru-baru ini.

Menurut Datuk Nur Jazlan, pihak berkuasa negara itu sepatutnya mengambil terus tindakan terhadap Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd jika terbukti beliau menjalankan aktiviti penggubahan wang haram seperti didakwa.

Bagaimanapun, kegagalan pihak berkenaan berbuat demikian mewujudkan persoalan sama ada terdapat ‘udang di sebalik batu’ dalam kes terbabit.

“Saya tak tahulah kenapa kerajaan Australia berbuat begitu. Kalau rasa perkara ini merupakan satu jenayah, melibatkan pengubahan wang haram, ambil tindakan," katanya.

“Tetapi tidak pula, dia hanya menggunakan media untuk memalukan Malaysia,” tambah beliau.

Datuk Nur Jazlan berkata tindakan yang diambil pihak berkenaan seolah-olah mahu mewujudkan persepsi bahawa satu kesalahan jenayah membabitkan penggubahan wang haram dilakukan, sedangkan pada hakikatnya tiada pendakwaan dibuat oleh mereka setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulas laporan akhbar asing semalam (2 Mac) yang melaporkan polis Australia merampas sejumlah AUD$320,000 (S$328,000) dalam akaun bank milik Datuk Wan Ahmad Najmuddin kerana disyaki hasil penggubahan wang haram.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan menegaskan wang yang disalurkan ke dalam akaun Datuk Wan Ahmad Najmuddin adalah dari sumber yang sah dan digunakan untuk membiayai pendidikan anak-anaknya di Australia. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan