Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes MH17: Ukraine, Rusia lawan di Mahkamah Dunia pada Jun

Anggaran Waktu Membaca:
THE HAGUE: Ukraine dan Rusia akan berlawan di mahkamah tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 6 Jun.

Hakim akan mendengar dakwaan Ukraine bahawa Mosko melanggar perjanjian PBB dengan menyokong puak pemisah yang menyokong Rusia.

Mereka dikenal pasti oleh mahkamah Belanda sebagai pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17.

Pada November tahun lalu, mahkamah Belanda mensabitkan dua lelaki Rusia dan seorang rakyat Ukraine yang tidak hadir di mahkamah atas kesalahan membunuh. Mereka memainkan peranan menembak jatuh penerbangan MH17, dengan 298 penumpang serta anak kapal terkorban, dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Penerbangan Malaysia Airlines MH17 berlepas dari Amsterdam dan menuju ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, sedang pertempuran berterusan antara puak pemisah yang menyokong Rusia dengan tentera Ukraine, yang mengalami konflik tahun ini.

Keputusan pihak Belanda juga mendapati bahawa Rusia mempunyai "kuasa mutlak" ke atas tentera-tentera Pasukan Rakyat Donetsk di Timur Ukraine mulai pertengahan Mei 2014.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang juga dikenali secara rasmi sebagai Mahkamah Dunia, menetapkan empat hari bagi perbicaraan pada 6, 8, 12 dan 14 Jun untuk mendengar kedua-dua pihak dalam kes itu.

Kes tersebut adalah satu daripada dua kes yang difailkan Ukraine terhadap Rusia di mahkamah.

Kes lagi satu difailkan sejurus selepas pencerobohan Rusia pada 2022 dan menumpukan kepada dakwaan Mosko yang menyatakan ia menceroboh Ukraine untuk menghalang pembunuhan beramai-ramai.

Biasanya, ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk kes di ICJ mencapai peringkat perbicaraan untuk mengetengahkan satu kes.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan