Skip to main content

Dunia

Kes melioidosis di Thailand meningkat

Kerajaan Thailand sedang memantau dengan teliti situasi melioidosis di negara itu menyusuli peningkatan trend jangkitan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes melioidosis di Thailand meningkat

Kerajaan Thailand sedang memantau kes melioidosis di negara tersebut dengan teliti. (Gambar fail: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 18 Apr 2026 10:07PM
BANGKOK: Kerajaan Thailand sedang memantau dengan teliti situasi melioidosis di negara itu menyusuli peningkatan trend jangkitan.

Sejumlah 732 kes direkodkan di seluruh negara dari 1 Januari hingga 16 April, dengan 23 kematian, kata seorang pegawai pada Sabtu (18 Apr), lapor Xinhua.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Periswiwatana berkata penyakit itu disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam tanah dan air, yang boleh memasuki badan melalui luka, penyedutan zarah debu atau pengambilan air yang tercemar.

Simptom boleh menjadi akut dan kronik, dari demam tinggi, kesukaran bernafas dan tekanan dada selain bengkak, luka merah atau bisul, kata beliau, sambil menambah bahawa jika bakteria memasuki aliran darah, ia boleh membawa kepada jangkitan teruk dan juga kematian.

Kumpulan berisiko termasuk petani, pekerja pertanian dan orang yang kerjanya melibatkan sentuhan dengan tanah dan air, serta pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit buah pinggang dan talasemia, serta individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, yang menghadapi risiko simptom teruk yang lebih tinggi, kata beliau.

Jurucakap itu berkata kerajaan sedang mendapatkan kerjasama orang ramai, terutamanya kumpulan berisiko tinggi, untuk mengelakkan sentuhan langsung dengan tanah dan air, menyatakan sesiapa yang mengalami demam panas yang berlarutan lebih dua hari, sesak nafas atau luka yang dijangkiti, perlu segera mendapatkan rawatan perubatan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita