Kes malaria AS pertama didiagnos dalam 20 tahun di Florida dan Texas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CDC melalui AP/ James Gathany)
AMERIKA SYARIKAT: Lima kes malaria disahkan di Florida dan Texas, pertama kali penyakit yang ditularkan nyamuk dan berpotensi membawa maut diperoleh secara tempatan di Amerika Syarikat (AS) dalam 20 tahun.
Demikian menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Isnin (26 Jun).
Empat kes di Florida dan satu kes di Texas didiagnos selama tempoh dua bulan, tambah agensi itu.
Pihak berkuasa Florida menyatakan bahawa kes pertama yang didiagnos pada 26 Mei di Sarasota County, manakala pegawai di Texas pada 23 Jun berkata bahawa seorang penduduk yang bekerja di luar Cameron County didiagnos menderita dengan penyakit itu.
CDC menyatakan dalam makluman yang dikeluarkan pada Isnin bahawa malaria dianggap sebagai kecemasan perubatan, dan siapa pun yang mengalami gejala harus "segera diperiksa".
Namun, CDC menyatakan risiko malaria di Amerika Syarikat tetap rendah, dan kebanyakan kes dijangkiti melalui individu-individu yang ke luar negara. Kesemua 95 peratus jangkitan malaria diimport di Afrika, kata agensi kesihatan AS.
Malaria disebabkan oleh lima jenis parasit yang dibawa oleh nyamuk betina tertentu. Gejalanya termasuk demam, menggigil, sakit kepala, ngilu otot dan rasa letih. Rasa loya, cirit-birit dan muntah juga dboleh dialami.
Malaria boleh menyebabkan kerosakan yang mengancam nyawa, termasuk kegagalan buah pinggang, sawan dan koma.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.