Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes kucing mati: Seorang lagi suspek ditahan reman

Seorang lagi suspek berhubung kes penderaan seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri, ditahan reman empat hari bermula hari ini (8 Okt) oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes kucing mati: Seorang lagi suspek ditahan reman

Rakaman CCTV menunjukkan tiga suspek melakukan tindakan kejam itu.

Diterbitkan : 08 Oct 2018 03:37PM Dikemas Kini : 08 Oct 2018 03:39PM

KUALA LUMPUR: Seorang lagi suspek berhubung kes penderaan seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri, ditahan reman empat hari bermula hari ini (8 Okt) oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 41 tahun itu sehingga Khamis (11 Okt) bagi membolehkan siasatan berhubung kes bunuh kucing itu.

Siasatan terhadap lelaki yang merupakan pekerja kontrak itu dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan membunuh haiwan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, suspek yang diwakili peguam Rajasurian Pillai masuk ke dalam bilik reman pada jam 10.15 pagi dan diiringi anggota polis dan keluar sekitar 45 minit kemudian.

Difahamkan, polis menahan suspek di Seri Kembangan malam tadi (7 Okt) selepas melarikan diri hampir sebulan selepas kejadian itu.

Pada 21 September lalu, dua rakannya, A. Mohanraj, 41, pemandu teksi dan rakannya, S. S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan dengan kejam menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan