Skip to main content

Dunia

Kes keracunan makanan di Riyadh: separuh daripada mangsa yang dimasukkan ke ICU dibenarkan pulang

Mohammed Al-Abdali, jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata lebih separuh daripada kes keracunan makanan yang dimasukkan ke jabatan unit jagaan rapi ICU hospital di ibu kota Riyadh, telah dibenarkan pulang ke rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes keracunan makanan di Riyadh: separuh daripada mangsa yang dimasukkan ke ICU dibenarkan pulang
Diterbitkan : 01 May 2024 07:34AM
RIYADH: Mohammed Al-Abdali, jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata lebih separuh daripada kes keracunan makanan yang dimasukkan ke jabatan unit jagaan rapi ICU hospital di ibu kota Riyadh, telah dibenarkan pulang ke rumah.

“Antara yang di masukkan ke hospital, 25 dibenarkan pulang selepas keadaan mereka bertambah baik dan menjadi stabil. Kami mendapati jumlah kes baru semakin berkurangan sejak tiga hari lalu,” kata Dr Mohammed Al-Abdali.

Menurut laporan Saudi Gazette,jurucakap kementerian kesihatan Saudi itu juga mengesahkan pihaknya juga mengesahkan tiada sumber lain kes keracunan makanan itu yang dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini. “Kami menegaskan perlunya mendapatkan maklumat dari sumber-sumber rasmi dan pentingnya mengelakkan merebaknya khabar angin dan maklumat yang tidak disahkan,” beliau menambah.

Dr. Al-Abdali berkata sebelum ini, sejumlah 35 mangsa dimasukkan ke hospital akibat kes keracunan makanan dari sebuah restoran di Riyadh.

Pihak berkuasa Riyadh mengambil tindakan segera dengan menutup restoran terbabit serta cawangan-cawangan lain.

Arahan juga dikeluarkan agar pihak makmal menjalankan pemeriksaan untuk memastikan punca kes keracunan makanan itu.

Langkah-langkah penguatkuasaan juga ditingkatkan untuk mengekang kes-kes baru serta memastikan piawai keselamatan dan kesihatan awam dikekalkan.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita