Kes kematian COVID-19 seluruh dunia merosot 90% sejak Feb
MOSKO: Kadar kematian akibat COVID-19 di peringkat global merosot hampir 90 peratus sejak Februari meskipun kadar ujian dan vaksinasi kekal rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.
"Hanya lebih 9,400 kematian COVID-19 dilaporkan kepada WHO minggu lalu.
“Angka itu 90 peratus kurang berbanding Februari tahun ini, dengan kadar kematian mingguan melebihi 75,000," kata Encik Tedros sewaktu taklimat media pada Rabu (9 Nov).
Beliau berkata bahawa masyarakat antarabangsa sudah mencapai beberapa kejayaan dalam memerangi pandemik COVID-19 tetapi masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dan pemerintah serta rakyat harus terus berwaspada.
"Kadar ujian kekal rendah di peringkat global, jurang vaksinasi kekal luas, manakala kewujudan varian baru secara berterusan masih membimbangkan.
“WHO terus menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan meminta orang ramai melengkapkan suntikan vaksin mereka," kata ketua WHO itu.
Sehingga 9 November, sebanyak 630 juta kes COVID-19 dicatat di seluruh dunia, termasuk 6.5 juta kematian, menurut WHO.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.