Kes kematian CEO Cradle Fund kini diklasifikasi sebagai kes bunuh
Pihak polis Malaysia mengesahkan kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lepas, kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Gambar: Cradle Fund/Facebook
KUALA LUMPUR: Pihak polis Malaysia mengesahkan kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lepas, kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada Jumaat lalu (3 Ogos).
"Keputusan itu dibuat berdasarkan laporan pihak bomba serta laporan bedah siasat yang diperoleh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (6 Ogos).
Dalam kejadian tersebut, media melaporkan Encik Nazrin, 47 tahun, maut dalam kebakaran di kediamannya di Petaling Jaya kira-kira pada 12.20 tengah hari.
Cradle Fund Sdn Bhd dalam kenyataan ketika itu mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematian Encik Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.
Cradle Fund adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.
Ia adalah agensi yang memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.