Kes kelima strain baharu mpox dikesan di Britain
Satu lagi kes strain baharu mpox, Clade Ib mpox, dikesan di Britain, sekali gus membawa jumlah jangkitan naik kepada lima kes, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Jumaat (29 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
MOSCOW: Satu lagi kes strain baharu mpox, Clade Ib mpox, dikesan di Britain, sekali gus membawa jumlah jangkitan naik kepada lima kes, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Jumaat (29 Nov).
"Satu kes baharu Clade Ib mpox dikesan di England... ini adalah kes kelima Clade Ib mpox yang disahkan di England dalam beberapa minggu kebelakangan ini," menurut kenyataan UKHSA yang dikeluarkan oleh kerajaan Britain.
Kes baharu itu dikesan di Leeds melibatkan seorang individu yang baru pulang dari Uganda.
Empat kes sebelumnya berasal dari isi rumah yang sama dan kini telah pulih sepenuhnya, tambah agensi itu, sambil menegaskan ia tiada kaitan dengan kes baharu berkenaan.
UKHSA menyatakan risiko jangkitan terhadap para penduduk Britain adalah rendah, tetapi beberapa kes import secara sporadik mungkin terus berlaku.
Clade Ib mpox dilaporkan tersebar luas di Republik Demokratik Congo, Burundi, Rwanda, Uganda, dan Kenya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Kes import turut dikesan di Kanada, Sweden, India, Thailand dan Jerman.
Mpox, atau juga dikenali sebagai cacar monyet, ialah penyakit berjangkit yang jarang berlaku tetapi boleh merebak antara manusia.
Ia biasanya penyakit ringan dengan kebanyakan pesakit pulih dalam beberapa minggu. Malangnya, sesetengah pesakit boleh mengalami komplikasi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak mpox di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa pada Ogos lalu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.