Skip to main content

Dunia

Kes kelelahan akibat cuaca panas berkurangan 90%: Kementerian Kesihatan Arab Saudi

Walaupun cabaran cuaca panas cukup ketara semasa musim haji ini, bilangan kes kelelahan atau kecederaan akibat suhu tinggi dalam kalangan jemaah haji berkurangan 90 peratus berbanding tahun lalu, menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes kelelahan akibat cuaca panas berkurangan 90%: Kementerian Kesihatan Arab Saudi

Cabaran cuaca panas cukup ketara semasa musim haji 2025. (Gambar: Mediacorp)

MAKKAH: Walaupun cabaran cuaca panas cukup ketara semasa musim haji ini, bilangan kes kelelahan atau kecederaan akibat suhu tinggi dalam kalangan jemaah haji berkurangan 90 peratus berbanding tahun lalu, menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Kementerian itu menyebut usaha-usaha intervensi menyeluruh yang dijalankannya sebagai penyumbang kepada keadaan tersebut.

Antara usaha yang dijalankan termasuk menambahkan tempat-tempat berbumbung dan tempat-tempat rehat berhawa dingin.

Selain itu, pihaknya juga meningkatkan jumlah tempat bagi para jemaah haji mengisi air di laluan-laluan penting sepanjang proses menunaikan haji.

Para jemaah turut dinasihati agar tidak keluar dari khemah antara pukul 10.00 pagi hingga pukul 4.00 petang waktu tempatan, bagi mengelakkan mereka daripada mengalami strok haba.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita