Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes kecemasan di Terengganu dijangka meningkat 50% pada musim perayaan

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menjangkakan kes kecemasan dan trauma di negeri itu akan meningkat sehingga 50 peratus pada musim perayaan Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes kecemasan di Terengganu dijangka meningkat 50% pada musim perayaan

Gambar hiasan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 May 2019 06:28PM Dikemas Kini : 30 May 2019 06:32PM

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menjangkakan kes kecemasan dan trauma di negeri itu akan meningkat sehingga 50 peratus pada musim perayaan Aidilfitri.

Pengarahnya Dr Mohd Jusoh berkata ia berdasarkan data serta statistik tahun lepas yang menunjukkan peningkatan daripada purata 300 kes sehari pada hari-hari biasa kepada 450 kes sehari pada musim perayaan.

Semua langkah kesiapsiagaan sudah dilaksanakan termasuk memastikan peralatan perubatan, bekalan ubat dan stok bekalan darah mencukupi bagi menghadapi kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya.

"JKNT sudah menjalankan 45 kempen derma darah sepanjang bulan Ramadan dengan bantuan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di lokasi seperti masjid dan pusat beli belah. Hasil kempen ini kita berjaya meningkatkan unit bekalan darah sehingga tiga kali ganda daripada hari biasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Balik Kampung, Aidilfitri Ceria Tanpa Aedes, di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.

Sebanyak 60 unit darah sudah didermakan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan Pahang dan pihaknya menjangkakan dengan 1,159 unit simpanan darah yang ada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mencukupi untuk penggunaan semasa iaitu antara 40 hingga 50 unit sehari.

Dr Mohd berkata seramai 8,000 daripada 12,000 keseluruhan petugas di semua klinik kesihatan dan tujuh hospital utama seluruh negeri akan bertugas mengikut syif bagi menghadapi kemungkinan pertambahan bilangan pesakit dan kes-kes kecemasan pada musim perayaan ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan