Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes kebakaran terbuka meningkat di M'sia sejak April dek cuaca panas

Anggaran Waktu Membaca:
Kes kebakaran terbuka meningkat di M'sia sejak April dek cuaca panas

Gambar fail: JBPM

Diterbitkan : 04 May 2023 02:20PM Dikemas Kini : 04 May 2023 02:21PM
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatatkan sebanyak 6,326 kes kebakaran terbuka sejak Januari hingga April lalu.

Astro Awani memetik Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Edwin Galan Teruki sebagai berkata bahawa bulan April menunjukkan peningkatan kes yang ketara iaitu sebanyak 2,220 kes.

Beliau berkata dari Januari sehingga Mac, negeri-negeri utama yang terlibat dengan kebakaran terbuka adalah Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Sebanyak 20 lokasi utama kebakaran tanah gambut telah dikenal pasti melibatkan negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Kelantan.

“Manakala, jumlah panggilan yang diterima bomba untuk kes kebakaran dan penyelamatan dari Januari sehingga Mac 2023 adalah sebanyak 31,108 panggilan,” katanya, lapor agensi berita Astro Awani.

Menurut Encik Edwin, cuaca hujan di sebelah petang sedikit sebanyak membantu meredakan kebakaran terbuka yang berlaku ketika ini.

Taksiran kerugian setakat Mac 2023 berjumlah RM842.3 juta (S$251 juta), manakala taksiran harta benda diselamatkan bernilai sebanyak RM5.5 bilion (S$1.6 bilion), lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan tahap keselamatan kebakaran berada dalam keadaan terbaik.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia berikutan cuaca panas mencecah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius buat sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan