Skip to main content

Dunia

Kes Ismail Sabri: Wang tunai yang disita SPRM jadi hak milik kerajaan

Anggaran Waktu Membaca:
Kes Ismail Sabri: Wang tunai yang disita SPRM jadi hak milik kerajaan

Ismail Sabri Yaakob merupakan Perdana Menteri Malaysia pada 2021 hingga 2022. (Gambar: AP/Ahmad Yusni)

Diterbitkan : 09 Sep 2025 01:19PM Dikemas Kini : 09 Sep 2025 01:20PM
PUTRAJAYA: Wang tunai berjumlah RM170 juta (S$52,000) yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dipercayai milik mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob kini secara rasmi menjadi hak kerajaan serta dimasukkan ke akaun kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, perkara itu susulan keputusan responden iaitu Ismail Sabri yang tidak berhasrat mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai berkenaan.

“Ini bermakna secara rasmi wang ini kini hak milik kerajaan dan proses untuk memasukkannya ke dalam consolidated fund (dana yang disatukan) akan dimulakan pada hari ini. Mungkin dalam tempoh terdekat ia akan dikreditkan ke akaun kerajaan,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Selasa (9 Sep).

Pada Isnin, Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa Ismail Sabri dan mantan Setiausaha Politiknya Mohammad Anuar Mohd Yunus tidak berhasrat mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta (S$51,694) yang disita SPRM.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan perkara itu semasa prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin, dengan kedua-dua responden melalui peguam mereka telah menghantar surat bertarikh 28 Ogos lepas kepada mahkamah bagi menyatakan pendirian tersebut.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita