Kes influenza melebihi tahap amaran di Jepun
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Jumlah pesakit baharu influenza di Jepun kekal melebihi tahap amaran iaitu 30 kes bagi setiap institusi perubatan pada minggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan Jepun pada Jumaat (26 Dis), lapor Jiji Press.
Kes selesema baharu yang dilaporkan oleh kira-kira 3,000 hospital dan klinik yang dipantau secara berkala di seluruh negara mencatatkan purata 32.73 kes bagi minggu berakhir Ahad.
Walaupun jumlah kes baharu bagi setiap institusi berkurangan untuk minggu keempat berturut-turut selepas mencecah 51.12 pada tempoh 17 hingga 23 Nov, kementerian itu menggesa usaha pencegahan jangkitan dipertingkat semula, termasuk pengudaraan yang baik serta langkah untuk membendung penularan titisan udara ketika batuk dan bersin.
Kementerian itu turut mengingatkan bahawa orang ramai dijangka berkumpul dalam jumlah besar sepanjang musim cuti hujung tahun.
Daripada 47 wilayah di negara itu, Miyazaki mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 94.75, diikuti Kagoshima dengan 76.54.

Sumber : Agensi berita//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.