Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes HFMD M'sia melepasi paras amaran kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
 Kes HFMD M'sia melepasi paras amaran kebangsaan

(Gambar hiasan: NUS)

Diterbitkan : 21 May 2023 12:24PM Dikemas Kini : 21 May 2023 01:02PM
KUALA LUMPUR: Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD di Malaysia sudah melepasi paras amaran kebangsaan, iaitu 1,150 kes seminggu pada minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan negara itu Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata Selangor menyumbang kepada jumlah kes tertinggi iaitu hampir 2,500 kes, atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ini diikuti dengan Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Johor.

Menurutnya, sejauh ini sebanyak 9,800 kes sudah dilaporkan.

Walaupun jumlah tersebut lebih rendah berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada tahun lalu bagi tempoh yang sama, kenaikan dalam jumlah kes HFMD dikesan sejak hujung April lalu.

Lapan puluh tujuh peratus kes HFMD pula banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.
Sumber : Bernama/HA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan