Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes HFMD di Johor naik 75 kali ganda kepada lebih 7,960

Sebanyak 7,967 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lalu hingga Sabtu (2 Jul), peningkatan sebanyak 75 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes HFMD di Johor naik 75 kali ganda kepada lebih 7,960

(Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook)

JOHOR BAHRU: Sebanyak 7,967 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lalu hingga Sabtu (2 Jul), peningkatan sebanyak 75 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata kebanyakan kes berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah enam tahun iaitu 6,870 kes, diikuti tujuh hingga 12 tahun (946) dan bakinya lebih daripada 13 tahun.

Beliau berkata daerah Johor Bahru mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 2,741 kes, Kluang (1,039), Tangkak (855), Batu Pahat (817), Segamat (679), Kota Tinggi (616), Pontian (532), Muar (313), Kulai (258) dan Mersing (117). 

"Setakat ini, sebanyak lima wabak aktif HFMD dilaporkan di Johor dan semuanya melibatkan daerah Johor Bahru.

"Bagaimanapun, situasi ini masih terkawal. Ini dibuktikan dengan penurunan ketara trend kes HFMD yang dilaporkan di negeri ini bermula pada minggu epidemiologi (ME) ke-22/2022 hingga ME ke-26/2022," katanya dalam kenyataan pada Ahad (3 Jul).

Encik Ling berkata lokasi penularan HFMD di negeri itu melibatkan tajaka iaitu 45 wabak diikuti rumah persendirian (22), tabika (13), tadika (sembilan), prasekolah (lapan), sekolah rendah dan pusat jagaan harian masing-masing tiga manakala lain-lain (dua).

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengusaha institusi penjagaan kanak-kanak supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan