Kes global COVID-19 lebih 300 juta
Jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia sudah melepasi 300 juta pada Khamis (6 Jan), menurut Universiti Johns Hopkins.
Anggota pasukan perubatan Angkatan Bersenjata Brazil menjalankan ujian ke atas seorang penduduk kumpulan etnik Ye'Kuena di Auari, wilayah Roraima, Brazil.(Gambar: NELSON ALMEIDA/AFP)
MOSCOW: Jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia sudah melepasi 300 juta pada Khamis (6 Jan), menurut Universiti Johns Hopkins.
Sehingga 03:00 GMT, jumlah sebenar kes akibat jangkitan wabak itu mencecah 300,002,021, lapor agensi berita Xinhua.
Sementara itu, sebanyak 5,471,856 angka korban direkodkan setakat ini, menurut universiti itu.
Amerika Syarikat melaporkan 58,449,898 kes dan 833,957 kematian, kedua-dua angka itu yang tertinggi di dunia dan membentuk lebih 19 peratus kes jangkitan global serta lebih 15 peratus kematian dicatatkan di merata dunia.
Jumlah kes global positif COVID-19 mencapai 100 juta pada 26 Jan 2021 dan meningkat kepada 200 juta pada 4 Ogos.
BACA: 'IHU' dan 'Flurona' - ancaman terbaru COVID-19?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.