Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes ginjal akut: Indonesia mungkin tuntut pendakwaan terhadap firma farmaseutikal

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Badan Pengawas Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM) pada Isnin (24 Okt) menyatakan ia mungkin akan mengambil tindakan jenayah terhadap dua firma farmaseutikal yang membuat produk yang dikaitkan dengan kecederaan buah pinggang akut (AKI).

Ini sedang jumlah kematian dalam kalangan kanak-kanak meningkat di negara itu tahun ini.

Pihak berkuasa Indonesia mengharamkan penjualan beberapa ubat berasaskan sirap dan mengenal pasti kewujudan bahan etilena glikol dan dietilena glikol dalam sebahagian produk sebagai faktor yang mungkin menyebabkan kematian 141 kanak-kanak.

Kebanyakan daripada kanak-kanak itu berumur di bawah lima tahun.
Ketua BPOM, Penny K Lukito berkata agensi itu akan bekerjasama dengan polis untuk menyiasat kedua-dua firma tersebut bagi tujuan prosiding jenayah berhubung kandungan produk mereka.

Cik Penny bagaimanapun tidak mendedahkan identiti kedua-dua syarikat tersebut.

Indonesia sedang mengkaji kenaikan jumlah kes AKI melalui rundingan dengan pakar pediatrik dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan