Skip to main content

Dunia

Kes eksploitasi kanak-kanak: CEO GISB dan isteri antara 19 individu direman seminggu

Anggaran Waktu Membaca:
Kes eksploitasi kanak-kanak: CEO GISB dan isteri antara 19 individu direman seminggu

Ibu pejabat GISBH di Rawang, negeri Selangor, pada 19 Sep 2024. (Gambar: AP/Vincent Thian)

SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) serta isteri antara 19 individu yang direman selama tujuh hari bermula Khamis (19 Sep) untuk membantu siasatan. 

Permohonan reman ke atas kesemua individu berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin dan mereka ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Daerah Shah Alam. 

Kesemua individu, yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita termasuk beberapa pemimpin GISBH, tiba di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2.50 petang. 

Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kesemua individu, antaranya anak bekas pengasas Al-Arqam, ditahan menerusi Op Global pada awal pagi tadi.

Beliau berkata hasil penyelarasan operasi bersama Bahagian D8 Bukit Aman, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D14 Bukit Aman telah membuat pemeriksaan serentak di empat unit kediaman di Tower A, Berjaya Times Square 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 5.40 pagi.

Minggu lalu, JSJ Bukit Aman yang menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH, menyelamatkan 402 kanak-kanak serta remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan, berumur setahun hingga 17 tahun.

Encik Razarudin sebelum ini memaklumkan ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISBH dalam Op Global itu mendapati mereka mengalami penderaan fizikal dan emosi serta eksploitasi buruh termasuk dipaksa menjual barang.

Pada Selasa (17 Sep), Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISBH.
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita