Kes eksploitasi kanak-kanak: 13 mangsa disyaki diliwat, 4 lelaki disiasat
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Polis Negara Razarudin Husain di sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Sep 2024. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Seramai 13 penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global pada Rabu (11 Sep), disyaki telah diliwat.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata hal ini berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa yang menghuni di rumah perlindungan di Selangor dan Negeri Sembilan.
Encik Razarudin berkata pihaknya juga telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan.
Mengenai 402 penghuni yang diselamatkan menerusi Op Global, Encik Razarudin berkata 392 telah selesai menjalani saringan kesihatan, melibatkan 202 lelaki dan 190 perempuan.
Sepuluh lagi mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya dan autisme, bersama 49 kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ditempatkan di rumah perlindungan di Bukit Beruntung, Cheras dan Seremban, Negeri Sembilan, buat sementara waktu.
"Temu bual polis dengan mereka (mangsa) mendapati mereka dipisahkan daripada ibu bapa sejak berusia dua tahun," kata Encik Razarudin dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Jumaat (13 Sep).
"Malah ada yang telah bertahun-tahun tidak berjumpa dengan ibu bapa mereka yang berada di luar negara atas arahan syarikat antaranya di Arab Saudi dan Turki."
Encik Razarudin menjelaskan pihaknya sedang menyiasat sama ada pemisahan antara ibu bapa dan anak-anak dilakukan secara sukarela atau paksaan oleh pihak pengurusan syarikat.

Dalam pada itu, siasatan turut mendapati para penghuni rumah amal berkenaan, yang merupakan generasi ketiga dan keempat, tidak bersekolah secara formal. Mereka hanya belajar di rumah amal itu dan ini merupakan satu kesalahan.
Saringan kesihatan terhadap mangsa-mangsa yang diselamatkan turut mendapati 172 daripada mereka mempunyai kesan kecederaan fizikal lama serta membabitkan emosi.
"Malah, ada kanak-kanak yang didapati tumbesaran mereka terjejas," kata Encik Razarudin.
Mengulas mengenai penangkapan yang dilakukan pula, beliau berkata daripada 171 individu yang ditahan dalam operasi berkenaan - terdiri daripada penjaga dan pengurus rumah amal berkenaan - sebanyak 159 daripadanya telah ditahan reman antara empat dan tujuh hari.
Beliau berkata mereka yang berumur antara 18 hingga 51 tahun ditahan dalam lokap di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
"Sebanyak 12 orang lagi merupakan remaja bawah umur dan tiada keperluan untuk pihak polis menahan reman mereka," katanya lagi.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.