Kes Ebola DR Congo meningkat kepada 6,186 dengan 3,007 kematian
Anggaran Waktu Membaca:
Statistik rasmi mungkin hanya mencerminkan sebahagian daripada jumlah kes sebenar Ebola. (Gambar fail: Reuters)
MOSKO: Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Congo (DR Congo) meningkat kepada 6,186 dengan 3,007 kematian, menurut Institut Kesihatan Awam Kebangsaan (INSP) DR Congo, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Dalam tempoh 24 jam lalu, 86 kes baharu dan 57 kematian direkodkan.
“Dengan itu, jumlah keseluruhan kes mencecah 6,186, termasuk 3,007 kematian sejak wabak itu bermula,” menurut INSP dalam laporan hariannya.
Statistik rasmi mungkin hanya mencerminkan sebahagian daripada jumlah kes sebenar kerana ramai individu yang dijangkiti meninggal dunia di luar kemudahan perubatan, menurut penilaian doktor dan petugas kemanusiaan yang ditemu bual oleh Washington Post di wilayah Ituri dan Kivu Utara.
Setakat ini, belum ada vaksin atau rawatan bagi strain baharu Ebola Bundibugyo yang mendapat kelulusan rasmi.
Bagaimanapun, data makmal menunjukkan vaksin baharu Ervebo yang dihantar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke DR Congo mungkin memberikan tahap perlindungan tertentu.
Pada 20 Ogos, WHO melaporkan bahawa 70,000 dos vaksin Ervebo dihantar ke DR Congo bagi melindungi petugas kesihatan dan untuk kegunaan ujian klinikal.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.