Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes denggi di Selangor berisiko lonjak 150%

Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius berikutan lonjakan kes ketika ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius berikutan lonjakan kes ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata setakat 11 Februari lalu iaitu Minggu Epidemologi (ME) keenam, sebanyak 6,870 kes dicatatkan dengan kenaikan sebanyak 141.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Dengan jumlah kes denggi hampir 40,000 pada tahun lalu, bayangkan (peningkatan kes pada tahun 2024) jika ia tidak dikawal," katanya dalam sidang media hari ini (16 Feb).

Beliau berkata berdasarkan kitaran demam denggi yang berlaku di Malaysia dalam tempoh 20 tahun, negara itu dijangka akan mengalami peningkatan kes demam denggi yang tinggi bagi setiap empat hingga lima tahun.

“Dijangka peningkatan kes yang tinggi akan berlaku pada 2023 atau 2024 selepas kejadian wabak denggi tertinggi pada 2019,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata sebanyak 510 lokaliti wabak denggi dikesan di negeri itu pada ME keenam dengan peningkatan sebanyak 8.5 peratus berbanding 470 lokaliti pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata dalam tempoh tersebut, daerah Petaling mencatatkan jumlah lokaliti tertinggi iaitu sebanyak 203 lokaliti dengan peningkatan sebanyak 39.8 peratus, diikuti dengan Hulu Langat (120), Klang (82) dan Gombak (69).

Ekoran itu, Dr Siti Mariah berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) serta agensi berkaitan melaksanakan Operasi Bersepadu Denggi Selangor (OBDS) bermula semalam hingga 22 Mac yang memberi tumpuan kepada empat daerah berkenaan yang mempunyai jumlah terkumpul tertinggi kes denggi.

Beliau menambah hampir RM1 juta (S$303,000)diperuntukkan bagi operasi itu yang turut melibatkan pemantauan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi meningkatkan tahap kesedaran dan sokongan masyarakat setempat berhubung pencegahan demam denggi.

Menurut Dr Siti Mariah, jika sebarang tempat pembiakan nyamuk Aedes dijumpai di sekitar premis atau rumah ketika operasi dijalankan, kompaun sebanyak RM500 (S$150) boleh dikenakan.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan