Kes denggi di Indonesia melonjak pada suku pertama 2024
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
JAKARTA: Kes demam denggi di Indonesia pada suku pertama 2024 naik tiga kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Demikian menurut Kementerian Kesihatan Indonesia pada Ahad (31 Mac).
Menurut kementerian tersebut, 43,271 dicatatkan pada minggu ke-12 2024, di mana terdapat 343 kematian, lapor Xinhua.
Masdalina Pane, ketua Bahagian Pengembangan Profesional Persatuan Epidemiologi Indonesia, berkata bahawa trend kes demam denggi yang meningkat berlaku sejak November 2023 di beberapa kawasan.
"Namun ia kelihatan seperti kami tidak serius untuk mengawalnya, jadi kawasannya semakin luas dan kes semakin meningkat," katanya.
"Petunjuk utama untuk mengawal wabak adalah kes tidak meningkat dan tidak berjangkit. Sekiranya kes dan angka korban terus meningkat, bermakna kami gagal mengawalnya sehingga menyebabkan ramai terkorban," tambahnya.
Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin pada Khamis (28 Mac) berkata negara tersebut sudah membenarkan permintaan untuk menggunakan ubat hapuskan jentik-jentik bagi pencegahan denggi.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya melengkapkan pencegahan denggi dengan kaedah membasmi sarang nyamuk, sekurang-kurangnya dengan mengalirkan air yang bertakung.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.