Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 seluruh dunia lebihi 322 juta, angka korban 5.52 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 322 juta, berikutan pertambahan lebih 2.82 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 seluruh dunia lebihi 322 juta, angka korban 5.52 juta

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 10:48AM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 10:48AM

KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 322 juta, berikutan pertambahan lebih 2.82 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Data terbaru oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 64.6 juta kes.

Ini diikuti oleh India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 36.5 juta kes dan 22.8 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes COVID-19 yang tertinggi sebanyak lebih 4.2 juta, diikuti dengan Filipina yang mencatatkan lebih 3 juta kes, Malaysia sebanyak 2.79 juta dan Thailand dengan 2.3 juta kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.52 juta.

Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 848,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 620,000 kes, India lebih 485,000 kes dan Rusia lebih 313,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan lebih 144,000 kes kematian angkara COVID-19.

Sumber : Agensi berita/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa