Skip to main content

Dunia

Kes COVID-19 seluruh dunia lebih 253.2 juta; angka korban 5.09 juta

Jumlah terkumpul kes COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 253.2 juta, setelah lebih 400,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 seluruh dunia lebih 253.2 juta; angka korban 5.09 juta

Seorang wanita menerima suntikan vaksin COVID-19 di New Delhi, India. (Gambar: AP)

KUALA LUMPUR: Jumlah terkumpul kes COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 253.2 juta, setelah lebih 400,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terkini oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 47 juta kes dilaporkan.

Ini disusuli oleh India yang mencatatkan lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.9 juta kes.

Britain kini mempunyai lebih 9 juta kes, manakala Rusia dan Turki masing-masing mencatatkan lebih 8 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan jumlah tertinggi kes COVID-19 yang menjangkaui 4.2 juta kes.

Ini disusuli dengan Filipina yang mempunyai lebih 2.8 juta kes, Malaysia dengan lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Singapura pula mencatatkan lebih 237,000 kes.

Angka korban COVID-19 seluruh dunia kini menjangkau 5.09 juta.

Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 763,000 kes.

Ini disusuli dengan Brazil yang melaporkan lebih 611,000 kematian, India dengna lebih 463,000 kematian dan Mexico dengan lebih 291,000 kematian.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan lebih 143,000 kematian dilaporkan.

Ini disusuli dengan Filipina yang mencatatkan lebih 45,000 kematian dan Malaysia dengan lebih 29,000 kematian.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita