Kes COVID-19 sejagat jangkaui 376 juta, korban jiwa 5.66 juta
Jumlah terkumpul kes COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 376 juta, berikutan pertambahan lebih tiga juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan dos vaksin Pfizer-BioNTech di Hospital Central Middlesex di London, Britain, pada 1 Ogos 2021. (Gambar: REUTERS)
KUALA LUMPUR: Jumlah terkumpul kes COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 376 juta, berikutan pertambahan lebih tiga juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Data terkini oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 74 juta kes.
Ini diikuti oleh India dan Brazil dengan masing-masing mencatatkan 41 juta kes dan 25 juta kes.
Negara yang melebihi angka 11 juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Turki dan Rusia.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan lebih 4.3 juta kes dicatatkan, diikuti oleh Filipina dengan lebih 3.5 juta, Malaysia sebanyak 2.8 juta kes dan Thailand dengan 2.4 juta kes.
Angka korban angkara COVID-19 sejagat kini melebihi 5.66 juta.
Berdasarkan data oleh Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 885,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 627,000 kes kematian, India lebih 495,000 kes kematian dan Rusia lebih 324,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan angka kematian tertinggi dengan lebih 144,000 kes korban.
Filipina berada di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 53,000 kes diikuti oleh Malaysia dengan 31,000 kes.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.