Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 sejagat jangkaui 350 juta; angka korban 5.59 juta

Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 350 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 sejagat jangkaui 350 juta; angka korban 5.59 juta

Orang awam menunggu giliran untuk menjalani ujian COVID-19 secara percuma di Washington DC pada 20 Disember 2021. (Gambar: Chip Somodevilla/Getty Images/AFP)

KUALA LUMPUR: Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 350 juta.

Ini berikutan pertambahan lebih 2.67 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Data terbaru oleh Universiti John Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 70.6 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 39 juta dan 23.9 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.28 juta.

Ini disusuli oleh Filipina yang melaporkan lebih 3.4 juta kes, Malaysia dengan 2.83 juta, Thailand dengan 2.3 juta kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.59 juta.

Berdasarkan data oleh Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 866,000 kes.

Ini diikuti oleh Brazil dengan lebih 623,000 kes, India dengan 489,000 kes, Rusia dengan 319,000 kes, manakala Mexico mencatat lebih 303,000 kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan lebih 44,000 kes kematian.

Ini disusuli dengan Filipina yang mencatatkan lebih 53,000 kes kematian dan Malaysia dengan 31,000 kes.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan