Kes COVID-19 sejagat jangkaui 249 juta; angka korban cecah 5.03 juta
Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 sejagat kini menjangkaui 249 juta setelah lebih 500,000 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Anggota pasukan perubatan Angkatan Bersenjata Brazil menjalankan ujian ke atas seorang penduduk kumpulan etnik Ye'Kuena di Auari, wilayah Roraima, Brazil.(Gambar: NELSON ALMEIDA/AFP)
WASHINGTON: Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 sejagat kini menjangkaui 249 juta setelah lebih 500,000 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Data terbaru oleh Universiti John Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara yang paling terjejas dengan lebih 46 juta kes dilaporkan.
Ini disusuli dengan India yang mencatatkan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal mendahului negara-negara lain dengan jumlah tertinggi kes COVID-19 yang melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina yang mencatatkan lebih 2.7 juta kes, Malaysia dengan lebih 2.4 juta kes dan Thailand dengan 1.9 juta kes.
Angka korban COVID-19 di seluruh dunia pula kini melebihi 5.03 juta.
Berdasarkan data dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 753,000 kes, sekali gus menambah angka kematian sejagat angkara virus itu kepada 5.03 juta.
Ini diikuti oleh Brazil dengan lebih 608,000 kes, India dengan lebih 459,000 kes dan Mexico dengan lebih 289,000 kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului senarai sekali lagi dengan lebih 143,000 kes korban dilaporkan.
Ini disusuli dengan Filipina yang melaporkan lebih 44,000 kes kematian COVID-19 dan Malaysia yang melaporkan 29,000 kes kematian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.