Kes COVID-19 sejagat jangkau 250 juta; angka korban 5.05 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sejagat ketika ini menjangkaui 250 juta, selepas lebih 300,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.
Seorang pegawai perubatan berjalan di lot tempat letak kereta tepi pantai yang digunakan sebagi zon pengasingan untuk pesakit COVID-19 di Pantai Negara Dockweiler di Los Angeles, California. (Gambar: Robyn Beck/AFP)
WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sejagat ketika ini menjangkaui 250 juta, selepas lebih 300,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.
Data terbaru oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 46.5 juta kes dilaporkan secara keseluruhan.
Ini diikuti oleh India dengan lebih 34.3 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan lebih 4.2 juta kes COVID-19 dilaporkan.
Ini diikuti dengan Filipina yang mempunyai lebih 2.8 juta kes, Malaysia dengan lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 1.9 juta kes.
Sementara itu, Singapura mencatatkan lebih 220,000 kes.
Angka korban COVID-19 sejagat pula melebihi 5.05 juta.
Berdasarkan data oleh Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 755,000 kes.
Ini disusuli dengan Brazil yang melaporkan lebih 609,000 kes, India dengan lebih 461,000 kes dan Mexico dengan lebih 289,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan angka korban COVID-19 tertinggi dengan lebih 143,000 kematian.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 44,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.