Skip to main content

Dunia

Kes COVID-19 sejagat hampir cecah 242 juta; angka korban 4.9 juta

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling terjejas oleh COVID-19 dengan lebih 45 juta kes secara keseluruhannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 sejagat hampir cecah 242 juta; angka korban 4.9 juta

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 10:27AM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 10:28AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling terjejas oleh COVID-19 dengan lebih 45 juta kes secara keseluruhannya.

Ini disusuli dengan India yang melaporkan 34 juta kes, Brazil dengan sebanyak 21 juta kes dan Britain yang mencatatkan 8 juta kes.

Sementara itu, Rusia, Perancis dan Turki masing-masing mencatatkan lebih 7 juta kes COVID-19.

Di Asia Tenggara, Indonesia sekali lagi mendahului negara-negara lain dengan sebanyak 4.2 juta kes COVID-19 secara keseluruhannya.

Ini disusuli dengan Filipina yang mencatatkan 2.7 juta kes dan Malaysia dengan sebanyak 2.4 juta kes COVID-19.

Angka korban COVID-19 sejagat kini mencecah 4.9 juta.

Menurut data Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 730,209 kes.

Brazil pula melaporkan 603,855 kes kematian dan India sebanyak 452,651 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan angka korban akibat COVID-19 yang tertinggi dengan 143,077 kematian.

Ini disusuli dengan Filipina yang mencatatkan 40,977 kematian, diikuti dengan Malaysia dengan 28,138 kematian dan 18,486 kematian COVID-19 di Thailand.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita