Kes COVID-19 seantero dunia jangkaui 251.8 juta; angka korban 5.07 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sejagat ketika ini menjangkau 251.8 juta, berikutan lebih 400,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
(Gambar: AFP)
KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sejagat ketika ini menjangkau 251.8 juta, berikutan lebih 400,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaru oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 46.8 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.9 juta kes.
Lebih 9 juta kes dicatatkan di Britain manakala Rusia dan Turki masing-masing mencatatkan lebih 8 juta kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan angka tertinggi kes COVID-19 lebih 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 1.9 juta kes.
Manakala Singapura mencatatkan lebih 227,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.07 juta.
Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 759,000 kes.
Ini diikuti oleh Brazil dengan lebih 610,000 kes, India dengan lebih 462,000 kes dan Mexico lebih 290,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 44,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes.
Thailand pula mencatatkan lebih 19,000 angka korban.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.