Skip to main content

Dunia

Kes COVID-19 seantero dunia jangkaui 236.6 juta; angka korban cecah 4.83 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 236.6 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 seantero dunia jangkaui 236.6 juta; angka korban cecah 4.83 juta

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Oct 2021 09:40AM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 09:42AM

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 236.6 juta.

Lebih 500,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaru oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 44.1 juta kes.

Ia disusuli oleh India yang mencatatkan lebih 33.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.5 juta kes.

Britain kini melaporkan lebih 8 juta kes manakala Rusia, Perancis dan Turki adalah antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina mencatatkan kes positif melebihi 5 juta disusuli dengan Colombia dan Sepanyol yang semakin menghampiri jumlah tersebut.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan mencatatkan angka tertinggi kes COVID-19 dengan lebih 4.2 juta kes, diikuti oleh Filipina yang melaporkan lebih 2.6 juta.

Kes COVID-19 di Malaysia menjangkaui 2.3 juta kes, Thailand pula melaporkan 1.6 juta kes manakala Singapura mencatatkan lebih 116,000 kes.

Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.83 juta.

Berdasarkan data oleh Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi yang melebihi 707,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 599,000 kes, India lebih 449,000 kes, Mexico lebih 280,000 kes.

Rusia pula mencatatkan lebih 209,000 kematian manakala Britain, Itali dan Perancis merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Angka korban COVID-19 di Jerman melebihi 94,000 dan Sepanyol melaporkan lebih 86,000 kematian.

Di Asia Tenggara, Indonesia turut mendahului jumlah angka korban dengan lebih 142,000 kematian.

Filipina pula merupakan negara kedua dengan angka korban tertinggi iaitu lebih daripada 38,000, diikuti dengan Malaysia yang melaporkan 26,000 kematian.

Thailand melaporkan lebih 17,000 angka korban.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita