Kes COVID-19 naik, Beijing tutup sekolah, Baiyun isytihar perintah berkurung
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Pelajar di beberapa daerah Beijing terpaksa mengikuti pembelajaran secara online pada Isnin (21 Nov), selepas para pegawai mengarahkan penduduk agar tidak meninggalkan rumah berikutan kes COVID-19 di ibu kota China itu semakin meningkat.
China sedang memerangi penularan COVID-19, dari Zhengzhou di wilayah tengah Henan hingga ke ke barat daya Chongqing.
Sehingga Ahad, negara itu mencatatkan 26,824 kes baru tempatan, menghampiri rekod kemuncak April lalu.
Selain itu, dua kematian dilaporkan di Beijing pada Ahad, selain satu korban pada hari sebelumnya iaitu kematian pertama di China sejak akhir Mei.
Sementara itu, Guangzhou, bandar selatan didiami hampir 19 juta penduduk, sedang memerangi penularan terbesar di China yang merebak baru-baru ini, dengan pihak berkuasa mengarahkan perintah berkurung lima hari di daerah Baiyun, yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai.
Pihak berkuasa turut menggantung perkhidmatan makan di premis dan menutup kelab malam serta teater di Tianhe, iaitu daerah perniagaan utama di bandar itu.
Gelombang terbaru itu menguji iltizam China untuk berpegang pada penyesuaian yang sudah dibuatnya terhadap dasar sifar COVID-19, yang menggesa semua bandar mematuhi langkah menyasarkan kawalan ketat, sekatan dan ujian yang menjejas ekonomi serta mengecewakan penduduk.
Pasaran saham Asia dan harga minyak menyusut pada Isnin susulan kebimbangan pelabur mengenai kesan COVID-19 yang semakin meruncing di China, ke atas ekonomi.
Beberapa bandar China mula mengecilkan skala ujian rutin COVID-19 terhadap masyarakat bermula minggu lalu termasuk bandar utara Shijiazhuang.
Ini menjadikan bandar berkenaan subjek spekulasi kuat bahawa ia berfungsi sebagai lokasi ujian bagi pelonggaran dasar, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan.
Namun lewat Ahad, Shijiazhuang mengumumkan, pihaknya akan menjalankan ujian besar-besaran di enam daripada lapan daerahnya dalam tempoh lima hari ini selepas kes jangkitan tempatan harian baru mencecah 641 orang.
Ia juga menggalakkan penduduk agar membeli keperluan secara online dan mengarahkan beberapa sekolah menangguhkan pengajaran secara bersemuka.
Ibu kota Beijing melaporkan 962 jangkitan baru, meningkat daripada 621 sehari sebelumnya.
Daerah Chaoyangnya yang mempunyai 3.5 juta orang, menggesa penduduk tidak keluar rumah, dengan sekolah menjalani kelas online.
Beberapa sekolah di Haidian, Dongcheng dan Xicheng juga menghentikan pengajaran secara bersemuka.
Usaha China baru-baru ini untuk menjadikan sekatan COVID-19 lebih disasarkan, mencetuskan harapan pelabur bagi pelonggaran lebih besar walaupun ketika China menghadapi musim sejuk pertamanya melawan varian Omicron yang dikatakan sangat mudah berjangkit.
Oxford Economics dalam notanya menyatakan ia hanya menjangka negara itu keluar daripada sifar COVID pada separuh kedua 2023.
"Daripada perspektif epidemiologi dan politik, kami tidak fikir negara ini bersedia untuk membuka semula," katanya.

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.