Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 melonjak, pengendali pengangkutan, pasar raya Hong Kong gantung khidmat

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 melonjak, pengendali pengangkutan, pasar raya Hong Kong gantung khidmat

Rak kosong di pasar raya di Hong Kong pada 1 Mac 2022. (Gambar: DALE DE LA REY / AFP)

Diterbitkan : 03 Mar 2022 04:01PM Dikemas Kini : 03 Mar 2022 04:07PM

HONG KONG: Pengendali kereta api bawah tanah Hong Kong, syarikat bas dan salah satu rangkaian pasar raya terbesar di bandar itu berkata mereka mengurangkan perkhidmatan minggu ini disebabkan penularan COVID-19 yang semakin teruk sejak awal Februari.

Menurut Jabatan Pengangkutan, hab kewangan global itu menggantung 98 perkhidmatan bas disebabkan kurangnya kakitangan yang kritikal.

Lonjakan jangkitan COVID-19 dan langkah jarak sosial yang ketat menyebablan jumlah penumpang juga merosot, menurutnya dalam satu kenyataan lewat pada lewat Rabu (2 Mac).

Sementara itu, pengendali kereta api bawah tanah MTR Corp, menyatakan pada Khamis (3 Mac) ia akan mengurangkan perkhidmatan di lapan laluan akibat kekurangan kakitangan dan jumlah penumpang yang jatuh mendadak.

"Kami telah berusaha untuk mengekalkan perkhidmatan kereta api walaupun situasi COVID-19 semakin teruk. Bagaimanapun, perkembangan terbaru pandemik itu menjejas tenaga kerja operasi harian," menurutnya dalam laman web syarikat tersebut.

Dalam pada itu, salah satu rangkaian pasar raya terbesar Hong Kong, ParknShop, memendekkan waktu operasi lebih 200 cawangannya untuk melindungi kakitangan dan pelanggan. Beberapa kedai akan ditutup seawal 3.00 petang, tambahnya.

Sejak pandemik itu bermula pada 2020, jumlah jangkitan di bandar yang ditadbir China itu berjumlah lebih 290,000, dengan kira-kira 1,100 kematian.

Sekitar 700 kematian itu dilaporkan minggu lalu, kebanyakannya melibatkan penduduk tidak divaksin.

Pakar kesihatan dari Universiti Hong Kong menganggarkan kira-kira 1.7 juta orang sudah terkena jangkitan pada Isnin, dengan jumlah kes pada minggu akan datang dijangka mencapai kemuncak harian sekitar 183,000.

Terdapat kekeliruan dalam kalangan penduduk minggu ini disebabkan oleh mesej pemerintah yang tidak konsisten mengenai sama ada akan berlaku sekatan pergerakan di seluruh bandar dengan peraturan berhubung koronavirus berubah hampir setiap hari.


 

Sumber : Reuters/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa