Skip to main content

Dunia

Kes COVID-19 lepasi 500,000 di Filipina

Jumlah jangkitan COVID-19 di Filipina melonjak melepasi paras 500,000, dengan pemerintah menghadapi kritikan kerana gagal untuk segera melancarkan program vaksinasi sedang seluruh dunia berebut-rebut untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 lepasi 500,000 di Filipina

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 18 Jan 2021 03:59PM Dikemas Kini : 18 Jan 2021 04:03PM

MANILA: Jumlah jangkitan COVID-19 di Filipina melonjak melepasi paras 500,000, dengan pemerintah menghadapi kritikan kerana gagal untuk segera melancarkan program vaksinasi sedang seluruh dunia berebut-rebut untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Jabatan Kesihatannya melaporkan 1,895 jangkitan baru pada Ahad (17 Jan), menjadikan jumlah kes positif virus itu di negara tersebut sebanyak 500,577, yang kedua tertinggi di Asia Tenggara. Sekurang-kurangnya 9,895 sudah terkorban.

Filipina sedang melakukan rundingan dengan tujuh syarikat Barat dan China untuk mendapatkan 148 juta dos vaksin COVID-19 tetapi usaha itu dipenuhi dengan ketidakpastian dan kekeliruan.

Sekitar 50,000 dos dari Sinovac Biotech yang berpangkalan di China mungkin tiba lewat bulan depan diikuti dengan penghantaran yang jauh lebih besar, menurut pemerintah, tetapi kebimbangan dikemukakan mengenai keberkesanannya.

Presiden Rodrigo Duterte berkata bahawa mendapatkan vaksin adalah sukar kerana negara-negara kaya sudahpun membeli jumlah dos banyak untuk warga masing-masing terlebih dahulu.

Para pengawal elit Encik Duterte mengaku mereka diberi vaksin COVID-19 yang masih belum diluluskan, sebahagiannya untuk memastikan bahawa mereka tidak akan menjangkiti presiden berusia 75 tahun itu.

Jurucakap Duterte dan pegawai lain menafikan bahawa presiden itu sendiri diberi vaksin.

Pelbagai kritikan disuarakan menyusuli pemvaksinan haram itu, namun tidak banyak perincian didedahkan. Ini termasuk vaksin mana yang digunakan dan bagaimana para pengawal memperolehnya. Beberapa senator mengusul agar siasatan dilakukan, tetapi Encik Duterte mengarahkan para pengawalnya agar tidak dihadapkan ke dewan Senat.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita