Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 Korea Selatan jangkaui 7,000 buat pertama kali dalam tempoh sebulan

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 Korea Selatan jangkaui 7,000 buat pertama kali dalam tempoh sebulan

(Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 22 Jan 2022 12:38PM Dikemas Kini : 22 Jan 2022 02:29PM

SEOUL: Jumlah kes harian COVID-19 di Korea Selatan melonjak kepada lebih 7,000 kes buat julung-julung kalinya dalam masa sebulan pada Sabtu (22 Jan) disebabkan oleh varian Omicron yang menular dengan begitu pantas. 

Sebanyak 7,009 kes baru dilaporkan, termasuk 6,729 jangkitan tempatan. Ini membawa jumlah terkumpul COVID-19 di negara itu kepada sebanyak 726,274 kes, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA). 

Ini merupakan kali pertama sejak pertengahan Disember di mana jumlah jangkitan harian kekal menjangkaui 7,000 kes sehari. 

Jumlah jangkitan harian melonjak dengan pantas minggu ini dari 4,000 kepada lebih 5,000 kes pada Rabu dan kemudian, melepasi 6,000 kes pada Khamis. 

Sebanyak 28 kematian akibat COVID-19 dilaporkan, menjadikan angka korban keseluruhan sebanyak 6,529. Kadar kematian mencecah 0.90 peratus. 

Seramai 433 pesakit COVID-19 sakit tenat, menurut KDCA. 

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran mengenai jumlah kes jangkitan COVID-19 yang kembali meningkat, dengan varian Omicron yang mudah berjangkit mungkin menjadi varian dominan di Korea Selatan.

Setakat sehingga Sabtu (22 Jan), 43.78 juta penduduk, atau 85.3 peratus daripada 52 juta penduduk di Korea Selatan sudah lengkap divaksin, manakala 24.97 juta atau 48.6 peratus, sudah menerima suntikan dos penggalak, menurut pihak penguasa kesihatan negara itu. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan