Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 kembali meningkat di Perancis

Agensi kesihatan kebangsaan Perancis pada Khamis (10 Mac) melaporkan 74,818 kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, peningkatan mendadak berbanding hari sebelumnya, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:

PARIS: Agensi kesihatan kebangsaan Perancis pada Khamis (10 Mac) melaporkan 74,818 kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, peningkatan mendadak berbanding hari sebelumnya, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh itu menurun daripada 2,231 kepada 1,928.

Jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital juga menurun daripada 23,175 kepada 21,287 orang.

Kadar jangkitan dijangka meningkat sebanyak 50 hingga 130 peratus berbanding bulan sebelumnya, selepas pemerintah melonggarkan sekatan COVID-19 bermula 14 Mac, menurut analisis Institut Pasteur.

Kes COVID-19 setiap hari boleh melebihi 100,000 pada bulan Mac, tambah institut itu.

Pakar Penyakit Berjangkit Benjamin Davido di Hospital Raymond-Poincare de Garches memberitahu saluran berita Perancis BFMTV bahawa kelonggaran sekatan kesihatan akan menyumbang "kepada lonjakan kes jangkitan".

Pemerintah Perancis telah mengumumkan bermula 14 Mac, rakyat tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka di kawasan tertutup, kecuali dalam pengangkutan awam dan pusat kesihatan.

Pas vaksin juga tidak lagi diperlukan di kebanyakan tempat awam, kecuali hospital, rumah persaraan dan pusat jagaan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan