Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 global jangkaui 405 juta; angka korban 5.78 juta

Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 global kini melepasi 405 juta berikutan pertambahan 2.9 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 global jangkaui 405 juta; angka korban 5.78 juta

(Gambar: Spencer Platt/Getty Images/AFP)

KUALA LUMPUR: Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 global kini melepasi 405 juta berikutan pertambahan 2.9 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Data terkini oleh Universiti John Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 77 juta kes dilaporkan.

Ini diikuti oleh India dan Brazil yang masing-masing merekodkan 42 juta dan 26 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal mendahului negara-negara lain dengan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 4.5 juta.

Ia disusuli dengan Filipina yang melaporkan lebih 3.6 juta kes, Malaysia dengan 2.9 juta kes dan Thailand dengan 2.5 juta kes.

Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 seluruh dunia kini menjangkaui 5.78 juta.

Berdasarkan data oleh Universiti Johns Hopkin, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 914,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan angka korban tertinggi dengan lebih 144,000 kes kematian.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan