Skip to main content

Dunia

Kes COVID-19 di Uzbekistan jangkaui 3,660

Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Uzbekistan pada Selasa (2 Jun) meningkat sebanyak 56 menjadi 3,662, lapor agensi berita Trend yang memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di Uzbekistan jangkaui 3,660

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 03 Jun 2020 07:16AM Dikemas Kini : 03 Jun 2020 07:21AM

BAKU: Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Uzbekistan pada Selasa (2 Jun) meningkat sebanyak 56 menjadi 3,662, lapor agensi berita Trend yang memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Sehingga kini, seramai 2,859 pesakit sudah sembuh, manakala 15 lagi meninggal dunia.

Sebagai langkah pencegahan, Uzbekistan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu zon "merah", "kuning" dan "hijau".

Tempoh kuarantin juga dilanjutkan sehingga 15 Jun. Namun, terdapat beberapa larangan ke atas aktiviti tertentu yang sudah dilonggarkan sejak 15 Mei.

Kes pertama COVID-19 di Uzbekistan dilaporkan pada 15 Mac membabitkan seorang wanita yang baru pulang dari Perancis.

Kementerian Kesihatan negara itu kemudian mengumumkan anak lelaki, anak perempuan, suami dan cucunya juga dijangkiti virus yang sama.  

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita